Monday, December 14, 2009

Man of the Match


14 Disember 2009

Terkejut !!!!!! Tak sangka !!!!!! Tak Percaya !!!!!! apabila nama AMAL HAZIM HAZMAN diumumkan sebagai Man of the Match Under 8 - 5th Dato Chu Ah Nge RSC 2009.

Memang aku gembira dan bangga....kejayan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakan sepasukan...terima kasih kawan-kawan.... aku akan terus berusaha untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan


BOTAK a.k.a SHOULIN The BEST..

Glamour Boy

14 Disember 2009

Malu rasanya apabila aku menjadi tumpuan pemain, coach dan parent yang hadir ke Kejohanan 5th Dato Chu Ah Nge kali ini....Perasan ler pulak....ramai yang nak bergambar dengan aku... hahahah.. Glamour satu Malaya. Nie lah sebahagian daripada gambar aku dengan pemain dan coach dari Premier Soccer School Australia..
.

Kami Johan Lagi [ RSC 09 ]

13 Disember 2009
.
CIMB YFA vs RSC
[ 2 - 0 ]
.
CIMB YFA vs BOWEN Australia
[ 3 - 0 ]
.
CIMB YFA vs PUTRA FC Singapura
[ 8 - 0 ]
.
CIMB YFA vs BINTANG BIRU Penang
[ 1 - 0 ]

CIMB YFA Under 8 membuktikan kehebatan mereka sebagai pasukan bawah 8 tahun yang terkuat di Lembah Klang apabila berjaya merangkul Piala Dato Chu Ah Nge Edisi ke-5 / 2009.
.
Bermula dengan perlawanan pertama, kami mudah mengalahkan Pasukan KLYS [ 3 - 0 ] diikuti perlawanan kedua menentang BINTANG BIRU [ 1 - 0 ]. Seterusnya laluan pasukan kami lebih mudah apabila mengalahkan PUTRA FC Singapura [ 8 - 0 ] dan BOWEN FC Australia [ 3 - 0 ].
.
Peringkat separuh akhir, kami dipertemukan dengan pasukan tuan rumah RSC [ 2 - 0 ]. Akhirnya kami menentang pasukan BINTANG BIRU [ 1 - 0 ] sekali lagi di perlawanan akhir. Hantaran lintang aku ke hadapan pintu gol berjaya disudahkan oleh SAFRI. Dengan jaringan tunggal tersebut, CIMB YFA U8 dinobatkan sebagai JUARA 5th Dato Chu Ah Nge 2009.
.
Tahniah dan terima kasih kawan-kawan atas semangat berpasukan yang ditunjukkan.....

5th Dato Chu Ah Nge 2009

13 Disember 2009.
.
Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Aku and The Geng beraksi dalam Kejohanan 5th Dato Chu Ah Nge [ RSC ] 2009. Kejohanan yang diadakan di Royal Selangor Club, Bukit Kiara pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. 2 pasukan dari Australia dan 2 pasukan dari Singapura turut menyertai kejohanan tersebut.
.
Tepat Jam 7.15 pagi, aku sudah berada di padang. Aku bangga dapat mewakili Malaysia.
.



Friday, December 11, 2009

Demi YFA

11 Disember 2009
.
.


Tak sabar nak tunggu esok. Aku akan cuba bermain bersungguh-sungguh. Itu janji kami kepada Coach Mahat.

Demi YFA, semalam BABAH bawa aku ke Sentul untuk BOTAKkan kepala. Nie memang wajib aku buat sebelum sesuatu kejohanan. Lagipun ramai yang tak kenal, kalau kepala aku tak Botak. Tetapi kali ini lain sedikit.

Coach Radha suruh aku tulis nama YFA di belakang kepala. Inilah hasilnya.....